Wednesday 26 August 2015

MISI,VISI & MOTO PSS

MISI
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

VISI
SELARAS DENGAN HASRAT MENCAPAI KECERMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH AKAN ;

v MENJADIKAN  PSS SEBAGAI AGEN PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT
v MENYEDIAKAN  PRASARANA YANG KONDUSIF DAN PERKHIDMATAN MESRA PELANGGAN
v MENGGALAK DAN MENGAMALKAN PENGGUNAAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SECARA OPTIMUM DALAM PROSES DAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
v MEMANTAPKAN SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN YANG CEKAP DAN BERKESAN

MOTO
MARI MEMBACA ILMU DIJANA

Tuesday 25 August 2015

SEJARAH PSS

Pusat Sumber SMK TTDI Jaya mula dibuka kepada pelajar pada minggu kedua awal penggal persekolahan iaitu pada 14 Januari 2002.  Pada peringkat permulaan jumlah buku yang ditawarkan adalah sedikit memandangkan jumlah bantuan kewangan yang diperolehi adalah sangat terhad.  Tambahan pula guru-guru yang dilantik untuk menguruskan Pusat Sumber tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah menyebabkan masa yang diambil untuk memproses buku bantuan kerajaan agak lama. 
Setelah guru-guru menjalani kursus-kursus Pusat Sumber yang dianjurkan oleh PSPN lama-kelamaan masalah tersebut dapat di atasi secara perlahan-lahan.  Pada awal pembukaan hanya 2 orang guru sahaja yang diberi tugas untuk menguruskan Pusat Sumber iaitu Pn.Maherah bt Ahmad sebagai Penyelaras dan Pn.Haslina bt Sainal sebagai Penolong Penyelaras.  Kemudian, pada pertengahan tahun 2003, PSS telah menerima Pembantu Am untuk membantu guru-guru PSS dalam pengurusan Pusat Sumber.  Pada tahun 2004, Pusat Sumber telah menerima 5 AJK guru untuk sama-sama berganding bahu menguruskan Pusat Sumber yang dikenali dengan nama “NADI JAYA”.
Koleksi buku-buku dalam PSS juga bertambah dari masa ke semasa.  Koleksi buku-buku ini diperolehi dari bantuan kerajaan, sumbangan PIBG, sumbangan Perpustakaan Negeri Selangor, syarikat-syarikat buku, orang perseorangan, peajar-pelajar dan juga ibu bapa serta guru-guru SMK TTDI Jaya sendiri.  Pada pertengahan tahun 2011, pengurusan pusat sumber telah diambilalih oleh Pn.Noor Liley bt Abdul Ghani sebagai penyelaras menggantikan Pn.Maizun bt Samad kerana beliau telah dilantik menjadi Guru Cemerlang dan dibantu oleh Pn.Sharifah Roha bt Syed Abd.Aziz sebagai Timbalan Penyelaras dan Penolong guru Perpustakaan sesi petang..  Jumlah buku pada akhir tahun 2014 adalah sebanyak 13000 buah.


SEJARAH SEKOLAH SAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya atau nama ringkasnya SMK TTDI Jaya, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, Shah Alam.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya memiliki 1109 pelajar lelaki dan 1048 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2157 orang. Ia mempunyai seramai 142 orang guru.2009
Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya (SMK TTDI Jaya) ialah sebuah sekolah menengah di Shah AlamSelangor.
Sekolah ini telah mula beroperasi pada 2 Januari 2001, dengan Encik Rasul Maideen bin Haja Maideen sebagai pengetua. Sekolah ini mula beroperasi dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, pada sesi petang iaitu dari 1.15 hingga 6.50 petang. Seramai 27 orang guru mula berkhidmat mendidik seramai 204 pelajar yang telah mendaftar. Warga sekolah seterusnya berpindah ke bangunan SMK TTDI Jaya yang telah dilengkapkan dengan kemudahan asas dan perabot yang diperlukan pada 6 Jun 2001.


Sekolah ini mempunyai sebanyak lebih 40 buah kelas yang memuatkan satu sesi. Antara nama kelas adalah Gamma & Zeta (kelas aliran sains tulen), Sigma (kelas akaun), Epsilon (kelas lukisan kejuruteraan), Nano (kelas ict), Delta (kelas sastera) Tetra, Neutron, Omega (kelas MPV) dan Beta.