Tuesday 25 August 2015

SEJARAH PSS

Pusat Sumber SMK TTDI Jaya mula dibuka kepada pelajar pada minggu kedua awal penggal persekolahan iaitu pada 14 Januari 2002.  Pada peringkat permulaan jumlah buku yang ditawarkan adalah sedikit memandangkan jumlah bantuan kewangan yang diperolehi adalah sangat terhad.  Tambahan pula guru-guru yang dilantik untuk menguruskan Pusat Sumber tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pengurusan Pusat Sumber Sekolah menyebabkan masa yang diambil untuk memproses buku bantuan kerajaan agak lama. 
Setelah guru-guru menjalani kursus-kursus Pusat Sumber yang dianjurkan oleh PSPN lama-kelamaan masalah tersebut dapat di atasi secara perlahan-lahan.  Pada awal pembukaan hanya 2 orang guru sahaja yang diberi tugas untuk menguruskan Pusat Sumber iaitu Pn.Maherah bt Ahmad sebagai Penyelaras dan Pn.Haslina bt Sainal sebagai Penolong Penyelaras.  Kemudian, pada pertengahan tahun 2003, PSS telah menerima Pembantu Am untuk membantu guru-guru PSS dalam pengurusan Pusat Sumber.  Pada tahun 2004, Pusat Sumber telah menerima 5 AJK guru untuk sama-sama berganding bahu menguruskan Pusat Sumber yang dikenali dengan nama “NADI JAYA”.
Koleksi buku-buku dalam PSS juga bertambah dari masa ke semasa.  Koleksi buku-buku ini diperolehi dari bantuan kerajaan, sumbangan PIBG, sumbangan Perpustakaan Negeri Selangor, syarikat-syarikat buku, orang perseorangan, peajar-pelajar dan juga ibu bapa serta guru-guru SMK TTDI Jaya sendiri.  Pada pertengahan tahun 2011, pengurusan pusat sumber telah diambilalih oleh Pn.Noor Liley bt Abdul Ghani sebagai penyelaras menggantikan Pn.Maizun bt Samad kerana beliau telah dilantik menjadi Guru Cemerlang dan dibantu oleh Pn.Sharifah Roha bt Syed Abd.Aziz sebagai Timbalan Penyelaras dan Penolong guru Perpustakaan sesi petang..  Jumlah buku pada akhir tahun 2014 adalah sebanyak 13000 buah.


No comments:

Post a Comment