Tuesday 25 August 2015

SEJARAH SEKOLAH SAYA

Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya atau nama ringkasnya SMK TTDI Jaya, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Sastera U2/1, Seksyen U2, Shah Alam.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya memiliki 1109 pelajar lelaki dan 1048 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2157 orang. Ia mempunyai seramai 142 orang guru.2009
Sekolah Menengah Kebangsaan TTDI Jaya (SMK TTDI Jaya) ialah sebuah sekolah menengah di Shah AlamSelangor.
Sekolah ini telah mula beroperasi pada 2 Januari 2001, dengan Encik Rasul Maideen bin Haja Maideen sebagai pengetua. Sekolah ini mula beroperasi dengan menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11, pada sesi petang iaitu dari 1.15 hingga 6.50 petang. Seramai 27 orang guru mula berkhidmat mendidik seramai 204 pelajar yang telah mendaftar. Warga sekolah seterusnya berpindah ke bangunan SMK TTDI Jaya yang telah dilengkapkan dengan kemudahan asas dan perabot yang diperlukan pada 6 Jun 2001.


Sekolah ini mempunyai sebanyak lebih 40 buah kelas yang memuatkan satu sesi. Antara nama kelas adalah Gamma & Zeta (kelas aliran sains tulen), Sigma (kelas akaun), Epsilon (kelas lukisan kejuruteraan), Nano (kelas ict), Delta (kelas sastera) Tetra, Neutron, Omega (kelas MPV) dan Beta.

No comments:

Post a Comment